SELAMAT DATANG KE BLOGKU...

Wednesday, February 25, 2015

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO


1.4       TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Pada 1993, UNESCO telah membentuk empat  toggak pendidikan. Selaras dengan mandat yang diberikan oleh PBB kepada unesco dalam melaksanakan kemajuan dalam  bidang pendidikan, pada 1996 badan ini telah menetapkan bahawa tonggak ini harus dijadikan panduan bidang pendidikan. UNESCO telah menggariskan 4 tonggak utama bagi sistem pendidikan. yang juga dikenali sebagai empat  pillar. Empat tonngak ini bertujuan menguasai ilmu, belajar untuk menguasai kemahiran, belajar untuk menjadi insan berguna dan belajar untuk harmoni dan bekerjasama.

                      Belajar untuk menguasai ilmu merupakan faktor pembelajaran utama di mana manusia belajar memahami dunia sekeliling mereka bagi memperkembangkan lagi kemahiran kerjaya. Guru memainkan perana penting  menyampaikan ilmu kepada pelajar. Belajar untuk menguasai ilmu membawa implikasi belajar bagaimana untuk belajar dengan memperkembangkan tumpuan , kemahiran ingatan dan kebolehan untuk berfikir seseorang. Kemahiran ini menjadi bertambah baik melalui pelbagai bentuk dan dibantu oleh pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat. Cara penyampaian berkesan merupakan cabaran kepada guru bagi memastikan ilmu dapat dikuasai oleh pelajar.
                     Belajar untuk menguasai kemahiran bermaksud pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran  untuk diaplikasikan dalam bidang kerjaya kelak. Mereka dilatih untuk menjadi agen perubahan. Oleh kerana itu, pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang pelajar menguasai nilai-nilai peribadi seprti kemahiran insaniah atau interpersonal di sampaing kemahiran dalam bidang pekerjaan.  Antara kemahiran itu ialah kemahiran komunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah.  Cabaran pada masa kini ialah bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmata terbaik terutama dalam bidang perkhidmatan.

                   Belajar untuk menjadi insan berguna merupakan tonggak ketiga dalam Tonggal Pendidikan UNESCO. Pendidikan perlu menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika. Setiap individu perlu mendapat pendidikan dari awal kanak-kanak hingga remaja dalam semua aspek sehingga mampu berfikiran kritis, berdikari dan berani membuat keputusan dalam hidunya. Cabaran KPM adalah berusaha menterjemah kurikulum yang luwes di mana para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis serta perlu bijak membina pengetahuan dan kemahiran.

                    Tonggak yang keempat ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Perkara ini merupakan cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda masalah. Oleh itu, amat penting pendidikan di seluruh Negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Namun ia menjadi cabaran yang sukar kerana terdapat kelompok yang merasakan diri lebih berkuasa dan prajudis terhadap orang lain.

                  Tonggak yang keempat ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Perkara ini merupakan cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda masalah. Oleh itu, amat penting pendidikan di seluruh Negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Namun ia menjadi cabaran yang sukar kerana terdapat kelompok yang merasakan diri lebih berkuasa dan prajudis terhadap orang lain.

                   Berdasarkan tonggak pendidikan UNESCO ini, pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberi ruang dan masa untuk pelajar  melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Dalam konteks ini sekolah perlu merancang program amal atau aktiviti dalam kokurikulum di mana pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti  terutama di luar bandar bagi memahami kehidupan mereka.

Monday, February 23, 2015

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


 
1.3  PENDEMOKRASIAN  PENDIDIKAN

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

                    Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.

                   Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

                   Slogan “satu Malaysia” mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. “satu Malaysia” mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak ‘down syndrome’ juga mendapat pendidikan dalam negara.

                     Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

                      Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.

 
 
 

Saturday, February 21, 2015

INTEGRASI NASIONAL


1.2    INTEGRASI NASIONAL

Integrasi  nasional merupakan proses penyatuan dua kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang , sosial dan budaya bagi membentuk satu entiti yang mempunyai sistem nilai, pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.  Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat dititikberatkan  oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

                    Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai dan kepercayaan tanpa batasan memberikan cabaran kepada negara kita yang berusaha membentuk satu identiti terunggul untuk masyarakat kita.

                 Peristiwa 13 Mei 1996 yang telah berlaku banyak menyedarkan kerajaan mencari jalan yang lebih serius uantuk menangani masalah kaum di Malaysia. Kewujudan rasa prajudis serta amalan diskriminasi telah menimbulkan rasa tidak puashati dalam kumpulan etnik tertentu. Antara  perkara yang menimbulkan isu ialah tidakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam bidang ekonomi, kurangnya sensitivitI dan toleransi terhadap agama-agama lain, kurangya semangat patriotism, peningkatan gejala sosial dan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
  
               Justeru, banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah dan pihak sekolah untuk memupuk integrasi nasional dan seterusnya membentuk satu bangsa Malaysia. Usaha Malaysia untuk membentuk negara bangsa telah dinyatakan dalam wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi Negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.

                Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti  Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan,  KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk  mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.

                 Ini bermaksud  pendidikan merupakan nilai yang penting serta prasyarat untuk kejayaan sesebuah negara. Maka rakyat Malaysia harus berpengetahuan dan kurikulum yang dibina seharusnya dapat menanamkan nilai-nilai murni yang dapat menyatupadukan semua kaum serta memberikan peluang kepada mereka berinteraksi walaupun dalam aliran pendidikan yang berlainan.
 
1.2.1     Sekolah Wawasan
Hari ini masih lagi wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India. Bagaimana jika sekolah sebegini masih wujud untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang? Adakah sistem pendidikan sedemikian menjamin perpaduan antara kaum di Malaysia tetap kukuh?
              Ilham yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri iaitu mewujudkan sekolah wawasa mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia. Bagi memenuhi  matlamat itu, Malaysia perlu bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi negara memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah variabel kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa. Mekanisme pemusatan etnik perlu sejajar, baik dari segi kurikulum dan kokurikulum. Sekolah Wawasan yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu sistem pendidikan yang jitu. Penyediaan keperluan pendidikan perlu selaras dengan hasrat dan matlamat penubuhan sekolah berkenaan.
                Sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di sebuah kawasan membolehkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Dengan itu secara tidak langsung, penguasaan Bahasa Malaysia bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan akan meningkat. Menurut Azizi Yahya,Amir Hamzah Abdul dan Sanif bin Sapaat (1999) Sekolah wawasan memberi peluang kepada ketiga-tiga bauah sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berintegrasi dengan matlamat  memantapkan semangat dan amalan muhibbah serta perpaduan murid-murid.
  

 




 

 
 

Tuesday, February 17, 2015

PENGENALAN ISU DAN CABARAN SEMASA

 
1.0     PENGENALAN


Pelbagai tanggapan dan pandangan masyarakat umum terhadap profesion perguruan.  Terdapat tanggapan yang baik dan juga buruk. Namun guru baik adalah guru yang menerima setiap tanggapan tersebut dengan positif. Negara Malaysia memberi penekanan yang berat terhadap pendidikan kerana pendidikan memainkan perana yang begitu penting bagi melahirkan ciri-ciri modal insan yang dikehendaki bagi mencapai visi Negara. Ini juga merupakan misi pendidikan bertujuan membentuk sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Bagi merealisasikan kehendak ini pelbagai cabaran yang perlu, telah dan akan dihadapi oleh golongan guru. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi  


            Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi.  Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Isu dan cabaran pendidikan telah dipecahkan kepada beberapa aspek iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.


                 Jesteru itu pihak kerajaan yang menjadi teraju utama dalam system pendidikan negara telah berusaha dan berbincang bagi mencari jalan dan idea untuk mengatasi isu dan cabaran ini. Pelbagai aspek seperti integrasi nasional, tonggak pendidikan UNESCO dan sebagainya diperbincangkan.

1.1      KONSEP ISU DAN CABARAN SEMASA

Banyak isu-isu semasa yang berlaku dalam pendidikan negara kita. Sebelum  mengupas satu persatu isu-isu semasa dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.

              Dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru.

              Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar.

              Terdapat dua cabaran utama pendidikan alaf baru yang diutarakan di dalam persidangan iaitu ledakan ilmu yang berbentuk global dan dan masalah sosial. Perkara ini perlu ditangani dengan segera bagi membolehkan pembentukkan masyarakat madani. Oleh itu, beberapa strategi telah dirancang dan akan diserapkan dalam sistem pendidikan . Ia bertujuan untuk pembinaan budaya ilmu dan dapat membudayakan masyarakat berbilang kaum agar dapat memahami dan menghayati konsep 1Malaysia.