1.0 PENGENALAN
Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012, guru
ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah
berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan
keilmuan dan keluhuran peribadi.
Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang
menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan
tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Isu dan cabaran
pendidikan telah dipecahkan kepada beberapa aspek iaitu pentadbiran, peringkat
pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
Jesteru itu pihak kerajaan
yang menjadi teraju utama dalam system pendidikan negara telah berusaha dan
berbincang bagi mencari jalan dan idea untuk mengatasi isu dan cabaran ini.
Pelbagai aspek seperti integrasi nasional, tonggak pendidikan UNESCO dan
sebagainya diperbincangkan.
1.1 KONSEP ISU DAN CABARAN SEMASA
Banyak isu-isu
semasa yang berlaku dalam pendidikan negara kita. Sebelum mengupas satu persatu isu-isu semasa dalam
bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri
terlebih dahulu. Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok
atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus
Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang
mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya
dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.
Dalam merealisasikan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan
yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu semasa pendidikan
yang dihadapi oleh guru.
Era modenisasi dan globalisasi
memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di
bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan
ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah
menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai
tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media
massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar.
Terdapat dua cabaran utama
pendidikan alaf baru yang diutarakan di dalam persidangan iaitu ledakan ilmu
yang berbentuk global dan dan masalah sosial. Perkara ini perlu ditangani
dengan segera bagi membolehkan pembentukkan masyarakat madani. Oleh itu,
beberapa strategi telah dirancang dan akan diserapkan dalam sistem pendidikan .
Ia bertujuan untuk pembinaan budaya ilmu dan dapat membudayakan masyarakat
berbilang kaum agar dapat memahami dan menghayati konsep 1Malaysia.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Blog ini belum dapat dikemaskini lagi buat masa ini...
ReplyDelete