SELAMAT DATANG KE BLOGKU...

Wednesday, February 25, 2015

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO


1.4       TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Pada 1993, UNESCO telah membentuk empat  toggak pendidikan. Selaras dengan mandat yang diberikan oleh PBB kepada unesco dalam melaksanakan kemajuan dalam  bidang pendidikan, pada 1996 badan ini telah menetapkan bahawa tonggak ini harus dijadikan panduan bidang pendidikan. UNESCO telah menggariskan 4 tonggak utama bagi sistem pendidikan. yang juga dikenali sebagai empat  pillar. Empat tonngak ini bertujuan menguasai ilmu, belajar untuk menguasai kemahiran, belajar untuk menjadi insan berguna dan belajar untuk harmoni dan bekerjasama.

                      Belajar untuk menguasai ilmu merupakan faktor pembelajaran utama di mana manusia belajar memahami dunia sekeliling mereka bagi memperkembangkan lagi kemahiran kerjaya. Guru memainkan perana penting  menyampaikan ilmu kepada pelajar. Belajar untuk menguasai ilmu membawa implikasi belajar bagaimana untuk belajar dengan memperkembangkan tumpuan , kemahiran ingatan dan kebolehan untuk berfikir seseorang. Kemahiran ini menjadi bertambah baik melalui pelbagai bentuk dan dibantu oleh pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat. Cara penyampaian berkesan merupakan cabaran kepada guru bagi memastikan ilmu dapat dikuasai oleh pelajar.
                     Belajar untuk menguasai kemahiran bermaksud pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran  untuk diaplikasikan dalam bidang kerjaya kelak. Mereka dilatih untuk menjadi agen perubahan. Oleh kerana itu, pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang pelajar menguasai nilai-nilai peribadi seprti kemahiran insaniah atau interpersonal di sampaing kemahiran dalam bidang pekerjaan.  Antara kemahiran itu ialah kemahiran komunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah.  Cabaran pada masa kini ialah bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmata terbaik terutama dalam bidang perkhidmatan.

                   Belajar untuk menjadi insan berguna merupakan tonggak ketiga dalam Tonggal Pendidikan UNESCO. Pendidikan perlu menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika. Setiap individu perlu mendapat pendidikan dari awal kanak-kanak hingga remaja dalam semua aspek sehingga mampu berfikiran kritis, berdikari dan berani membuat keputusan dalam hidunya. Cabaran KPM adalah berusaha menterjemah kurikulum yang luwes di mana para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dan praktis serta perlu bijak membina pengetahuan dan kemahiran.

                    Tonggak yang keempat ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Perkara ini merupakan cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda masalah. Oleh itu, amat penting pendidikan di seluruh Negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Namun ia menjadi cabaran yang sukar kerana terdapat kelompok yang merasakan diri lebih berkuasa dan prajudis terhadap orang lain.

                  Tonggak yang keempat ialah belajar untuk harmoni dan bekerjasama. Perkara ini merupakan cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda masalah. Oleh itu, amat penting pendidikan di seluruh Negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain. Namun ia menjadi cabaran yang sukar kerana terdapat kelompok yang merasakan diri lebih berkuasa dan prajudis terhadap orang lain.

                   Berdasarkan tonggak pendidikan UNESCO ini, pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberi ruang dan masa untuk pelajar  melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Dalam konteks ini sekolah perlu merancang program amal atau aktiviti dalam kokurikulum di mana pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti  terutama di luar bandar bagi memahami kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment