SELAMAT DATANG KE BLOGKU...

Saturday, February 21, 2015

INTEGRASI NASIONAL


1.2    INTEGRASI NASIONAL

Integrasi  nasional merupakan proses penyatuan dua kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang , sosial dan budaya bagi membentuk satu entiti yang mempunyai sistem nilai, pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.  Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat dititikberatkan  oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

                    Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai dan kepercayaan tanpa batasan memberikan cabaran kepada negara kita yang berusaha membentuk satu identiti terunggul untuk masyarakat kita.

                 Peristiwa 13 Mei 1996 yang telah berlaku banyak menyedarkan kerajaan mencari jalan yang lebih serius uantuk menangani masalah kaum di Malaysia. Kewujudan rasa prajudis serta amalan diskriminasi telah menimbulkan rasa tidak puashati dalam kumpulan etnik tertentu. Antara  perkara yang menimbulkan isu ialah tidakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam bidang ekonomi, kurangnya sensitivitI dan toleransi terhadap agama-agama lain, kurangya semangat patriotism, peningkatan gejala sosial dan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
  
               Justeru, banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah dan pihak sekolah untuk memupuk integrasi nasional dan seterusnya membentuk satu bangsa Malaysia. Usaha Malaysia untuk membentuk negara bangsa telah dinyatakan dalam wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi Negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.

                Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan seperti  Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan,  KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk  mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.

                 Ini bermaksud  pendidikan merupakan nilai yang penting serta prasyarat untuk kejayaan sesebuah negara. Maka rakyat Malaysia harus berpengetahuan dan kurikulum yang dibina seharusnya dapat menanamkan nilai-nilai murni yang dapat menyatupadukan semua kaum serta memberikan peluang kepada mereka berinteraksi walaupun dalam aliran pendidikan yang berlainan.
 
1.2.1     Sekolah Wawasan
Hari ini masih lagi wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India. Bagaimana jika sekolah sebegini masih wujud untuk tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang? Adakah sistem pendidikan sedemikian menjamin perpaduan antara kaum di Malaysia tetap kukuh?
              Ilham yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri iaitu mewujudkan sekolah wawasa mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia. Bagi memenuhi  matlamat itu, Malaysia perlu bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi negara memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah variabel kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan sahaja bangsa Melayu yang akan bersekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran daripada pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa. Mekanisme pemusatan etnik perlu sejajar, baik dari segi kurikulum dan kokurikulum. Sekolah Wawasan yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 memerlukan satu sistem pendidikan yang jitu. Penyediaan keperluan pendidikan perlu selaras dengan hasrat dan matlamat penubuhan sekolah berkenaan.
                Sekolah wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di sebuah kawasan membolehkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Dengan itu secara tidak langsung, penguasaan Bahasa Malaysia bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan akan meningkat. Menurut Azizi Yahya,Amir Hamzah Abdul dan Sanif bin Sapaat (1999) Sekolah wawasan memberi peluang kepada ketiga-tiga bauah sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum secara berintegrasi dengan matlamat  memantapkan semangat dan amalan muhibbah serta perpaduan murid-murid.
  

 




 

 
 

No comments:

Post a Comment