1.3
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Pendemokrasian Pendidikan
merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu
diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan
yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan ,
setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak
memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial,
keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.
Kepentingan pendekmokrasian
pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf
dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan
dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi
pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian
pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana
ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi
oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi
dan luar bandar.
Mengikut kajian Pierre
Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian
persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang
kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak
mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya
mereka dalam masyarakat. Isu ini juga dapat meningkatkan keprihatinan
masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya
menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya
terhadap pendidikan anak-anak mereka.
Slogan “satu Malaysia”
mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. “satu Malaysia”
mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa
terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah
mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada golongan buta, cacat
pendengaran dan bisu serta kanak-kanak ‘down syndrome’ juga mendapat pendidikan
dalam negara.
Oleh sebab itu, kewujudan
institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T)
dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan.
Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan
agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks
melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka
yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak
mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Oleh sebab itu,
pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai
dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat
kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.

Assalamualaikum....
ReplyDeleteIni blog saya yang pertama. Selama ini tak pernah bina blog. Diharap anda dapat tinggalkan komen untuk penambahbaikan. Terima kasih kerana singgah di sini..